Skip to main content
9 Ogos 2024: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempengerusikan Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 Bersama Industri Sawit serta Biojisim dan Biobahan Api di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur, hari ini.
Perbincangan dengan penggiat industri itu bagi mendapatkan input-input untuk diangkat kepada Kementerian Kewangan menjelang pembentangan Belanjawan 2025.
Datuk Seri Johari juga menekankan kepentingan pihak industri untuk mengutamakan aspek kemampanan, kelestarian alam sekitar termasuk pemuliharaan hidupan liar sebagai usaha yang selari dengan kehendak pasaran antarabangsa seperti rangka kerja kemampanan seperti SDG dan ESG.
Libat urus kira-kira tiga jam itu antaranya membincangkan isu pencukaian, geran,tenaga buruh dan isu melibatkan pekebun-pekebun kecil.
Turut hadir, Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud dan Pengurus Kewangan dan Pentadbiran, MPOGCF, Ismail Harun.