Sekitar program Putrajaya Save Wildlife For Future sempena Hari Hidupan Liar Sedunia 2024 yang diadakan di Taman Botani Putrajaya dari 24 hingga 25 Februari 2024.
Kakitangan MPOGCF turut serta sebagai pempamer di program anjuran bersama Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia.
Pelbagai pengisian menarik disajikan kepada pengunjung yang hadir antaranya Putrajaya Urban Birding, ceramah Konservasi Burung oleh Encik Ahmad Khusaini daripada PERHILITAN, Kenali Industri Sawit Malaysia oleh Puan Sarafhana Dollah daripada MPOC dan ‘Why We Shouldn’t Feed Wildlife’ oleh Puan Nurul Azura daripada PERHILITAN. Turut diadakan pertandingan melukis poster bagi kategori 12 hingga 18 tahun dan pertandingan mewarna bagi kategori 5 hingga 12 tahun.
Program anjuran PERHILITAN dan Perbadanan Putrajaya itu telah menerima sambutan yang meriah oleh masyarakat dan diharapkan agar dapat memberi informasi dan manfaat kepada semua.