Skip to main content
Pasukan MPOGCF telah menyertai dan memantau aktiviti penggambaran dokumentari bertajuk “Guardians of the Wild- Wildlife Rescue Unit” di Sandakan, Sabah baru-baru ini.
Dokumentari yang akan diterbitkan MPOGCF itu bertujuan mengangkat peranan dan fungsi yang dimainkan renjer-renjer hidupan liar dari Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) di Sabah.
Dokumentari khas ini bagi membuktikan komitmen pemain-pemain industri sawit Malaysia dalam membantu WRU menyelamat, mengurus dan memulihara hidupan liar di negeri itu.
Penggambaran dokumentari dijalankan di dua lokasi berbeza iaitu di Sungai Kinabatangan dan Santuari Gajah Borneo (BES).
Sejak 2010, industri sawit Malaysia melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menaja operasi WRU. Bermula 2021, MPOGCF telah mengambil alih penajaan operasi WRU daripada MPOC.
Untuk rekod, WRU telah berjaya mengendalikan kira-kira 4,000 kes hidupan liar sepanjang 14 tahun pengoperasiannya.
Sabah merupakan pengeluar terbesar minyak sawit di negara ini.