Skip to main content
Pasukan MPOGCF telah menyertai aktiviti penggambaran dua dokumentari bertajuk “Guardian of the Bornean Giants” dan “Bornean Orangutan Population Survey” selama 5 hari (31 Oktober – 4 November 2024) bertempat di Sukau, Kinabatangan, Sabah.
Dokumenteri pendek ini akan diterbitkan MPOGCF bagi mempromosikan dua projek pemuliharaan yang sedang berjalan iaitu Kajian Populasi Gajah Borneo dan Kajian Populasi Orang utan.
Kajian Populasi Gajah Borneo merupakan projek kerjasama MPOGCF dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) manakala Kajian Populasi Orang utan pula kerjasama MPOGCF dan HUTAN.
Dokumentari khas ini akan memaparkan kaedah dan strategi yang digunapakai oleh pakar-pakar penyelidik untuk memantau pergerakan dalam membuat pengiraan populasi dua hidupan liar yang sering dikaitkan dengan perladangan sawit di Sabah.
Penggambaran dokumentari ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah.
MPOGCF memperuntukkan RM1.2 juta untuk Kajian Populasi Gajah Borneo dan RM1.1 juta untuk Kajian Populasi Orang utan.