Skip to main content
MPOGCF mengadakan lawatan ke Sawit Kinabalu Farm Product Sdn Bhd baru-baru ini, yang antara lain bagi membincangkan kerjasama dalam projek penyelidikan Penanaman Rumput Napier.
Turut menyertai lawatan itu ialah wakil dari Sabah Softwood Berhad (SSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.
Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud yang menyertai lawatan itu telah dibawa melawat oleh Sawit Kinabalu ke kawasan penanaman rumput Napier di kawasan seluas 115 hektar.
Rumput Napier ini ditanam khusus untuk dijadikan makanan ternakan lembu sapi bagi pengeluaran produk ternakan jenama Kinabalu Beef.
Objektif utama lawatan ini ialah mewujudkan kerjasama dengan Sawit Kinabalu bagi mendapatkan bekalan rumput Napier untuk projek penyelidikan Penanaman Rumput Gajah (EGP). EGP merupakan antara inisiatif MPOGCF bagi pemuliharaan gajah di Sabah.
Menerusi lawatan itu, Sawit Kinabalu menyatakan kesediaan untuk memperluaskan potensi kerjasama dengan MPOGCF dalam projek-projek konservasi di Sabah.