Kandungan minyak sawit yang unik menjadikannya kaya dengan khasiat dan serbaguna.
Kandungan bahan antioksida semula jadi yang tinggi serta tahap kestabilannya pada suhu tinggi menjadikannya bahantara mengoreng yang sesuai.
Minyak sawit juga merupakan bahan asas yang sesuai dalam pembuatan pelbagai produk bukan makanan seperti sabun, bahan pencuci dan bahan pencuci industri.