Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) menerima kunjungan hormat Ketua Cawangan Zoologi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Encik Mohammad Shahfiz Azman di pejabat MPOGCF di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam kunjungan itu, Mohammad Shahfiz mengadakan perbincangan bersama Pengurus Jabatan Pemuliharaan, Encik Ahmad Shahdan Kassim.
Fokus perbincangan ialah meningkatkan lagi kerjasama menangani Konflik Manusia-Hidupan Liar atau Human-Wildlife Conflicts (HWC) melalui inisiatif-inisiatif pemuliharaan hijau supaya manusia dan hidupan liar hidup bersama secara harmoni.
Konflik Manusia-Gajah merupakan HWC paling kerap berlaku di Malaysia termasuk ladang-ladang sawit dan kawasan penempatan yang berdekatan manakala di Sarawak, Konflik Manusia-Buaya paling kerap berlaku.
Previous PostMPOGCF biaya kos pagar elektrik di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi
Next PostMPOGCF dilantik Rakan Strategik Konservasi Gajah