Jalinan Kasih Ramadan MPOGCF dan Rakan Strategik meriah, capai objektif
Kira-kira 150 tetamu menghadiri Majlis Jalinan Kasih Ramadan MPOGCF & Rakan Strategik di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 14 Mac.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli serta Pengurus Besar MPOGCF, Encik Hairulazim bin Mahmud.
Turut memeriahkan majlis, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) PERHILITAN, Dato’ Hasnan Bin Haji Yusop dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), Puan Nur-Ul Afida Kamaludin.
Puan Nur-ul Afida merupakan wanita pertama dilantik CEO BERNAMA.
Majlis yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan meraikan rakan-rakan strategik MPOGCF yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, pemain-pemain industri sawit, institusi pendidikan tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta media tempatan dan antarabangsa.
Pada majlis yang sama, Dato’ Haji Mad Zaidi telah menyampaikan sumbangan MPOGCF kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Pertubuhan Bekas Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (EraTV) dan bekas wartawan Puan Jamhariah Jaafar.