Kelapa sawit sangat produktif dan menguntungkan kerana tanaman ini mengeluarkan hasil yang berterusan dan tinggi.
Jika dibandingkan dengan tanaman minyak sayuran yang lain, kelapa sawit tidak memerlukan keluasan tanah yang besar untuk menghasilkan kuantiti minyak sayuran yang tinggi.
Dakwaan kelapa sawit memusnahkan hutan dan mengganggu keseimbangan alam semula jadi dan biodiversiti adalah tidak benar dan tanggapan salah.
Tanaman kelapa sawit tidak memusnahkan alam sekitar malah berperanan besar dalam menjaga kestabilan alam sekitar.
Misalnya, konsep sisa sifar dan pembakaran sifar di mana pokok kelapa sawit yang sudah tua akan ditebang, diracik dan dibiarkan merebut di atas tanah bertujuan mengitar semula bahan organik.