Lebih 300 peserta menyertai acara Fun Walk bagi meraikan sambutan Hari Orang utan Sedunia 2024 anjuran MPOGCF di SORC di Sandakan, Sabah hari ini.
Melalui aktiviti ini, peserta-peserta berpeluang meneroka kawasan di sekitar Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok bagi melihat sendiri habitat orang utan Borneo secara lebih dekat. Acara Pongo Fun Walk meliputi jarak lima kilometer.
Aktiviti-aktiviti lain untuk menambah lagi kemeriahan Sambutan Hari Orang Utan Sedunia 2024 adalah Pongo Explorace, Create Me Orangutan Sculpture, Mother’s Love Orangutan Cakes, Face Painting, pameran agensi, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan Car Boot Sale