MPOGCF mengadakan lawatan ke tapak kajian projek Inisiatif Burung Pungguk Jelapang untuk Pekebun Kecil atau BOSI di Bandar Baharu, Kedah pada 12 Mac lalu.
Lawatan oleh Eksekutif Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF, Ahmad ‘Aizat Azuri bersama pakar penyelidik burung pungguk Jelapang Barn Owl and Rodent Research Group (BORG) dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Hasber Salim ini bersempena musim pembiakan burung tersebut.
Projek rintis BOSI ini telah menunjukkan kejayaan memberangsangkan. Kotak-kotak sarang burung yang disediakan oleh MPOGCF telah berjaya menarik kedatangan burung pungguk Jelapang.
Dapatan kajian membuktikan keberadaan burung pungguk Jelapang berjaya menurunkan kadar kerosakan tanaman kepada hanya 5 peratus berbanding 20 peratus sebelum penggunaan kaedah secara kawalan biologi itu.
Justeru, MPOGCF merancang untuk memperluaskan projek BOSI ke seluruh negara secara berperingkat bagi membantu pekebun-pekebun kecil.
Next PostMesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Parlimen Kelima Belas Bil. 2 Tahun 2025