Skip to main content
17 FEBRUARI 2025 – Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) menyampaikan sumbangan berjumlah RM49,350 kepada Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) Sepilok, Sandakan.
Sumbangan ini sebagai tanda sokongan MPOPGCF kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh pasukan BSBCC dalam memulihara Beruang Matahari Borneo yang semakin diancam risiko kepupusan.
Program rehabilitasi dan pelepasan semula yang dilaksanakan oleh BSBCC ini merupakan satu model pemuliharaan yang mampan dan berimpak tinggi.
Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Kementerian Perladangan Dan Komoditi yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, YBhg. Dato’ Abdul Hadi Omar kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC, Dr Wong Swie Te.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perladangan Dan Komoditi, YBhg. Dato’ Razali Mohamad; Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Ramli Hj Kasin, Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, YBrs. Dr Ramlee Moslim dan YBrs. Andy Lee Yiew Meng serta Pengurus Besar MPOGCF, YBrs. Hairulazim Mahmud.
Penglibatan MPOGCF yang mewakili penggiat-penggiat industri sawit Malaysia membuktikan keseriusan atau kesungguhan industri ini untuk memelihara dan memulihara khazanah negara. Ia juga menghantar isyarat yang jelas kepada dunia bahawa selain mementingkan keuntungan ekonomi, industri sawit negara juga tidak melupakan tanggunggjawab melindungi ekologi dan biodiversiti.