Skip to main content
Pada 20 November 2024, MPOGCF menyertai pasukan pakar veterinar bagi melaksanakan pembedahan Assisted Reproductive Technique (ART) atau Sistem Pembiakan Terbantu Harimau Malaya anjuran Sunway Lost World of Tambun di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak.
Program ini turut melibatkan kerjasama Jabatan PERHILITAN dan Zoological Park Association of Thailand (ZPOT) bagi melaksanakan prosedur ART ke atas Harimau Malaya.
MPOGCF amat menghargai peluang ini dalam usaha bersama memulihara dan melindungi spesies ikonik negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga inisiatif ini dapat memberi impak yang positif dalam usaha agenda negara memulihara Harimau Malaya.