Skip to main content
MPOGCF dengan kerjasama Malaysian Palm Oil Council (MPOC), berbesar hati menjadi tuan rumah kepada Delegasi Pemegang Taruh Minyak Sawit EU semasa lawatan mereka ke Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) di Kuala Gandah, Pahang, pada 10 Oktober 2024.
Lawatan ini sebahagian daripada Malaysian Palm Oil Familiarisation Programme for EU Stakeholders anjuran MPOC bagi memperlihat komitmen industri sawit Malaysia terhadap pengeluaran minyak sawit yang lestari serta dedikasi dalam memelihara kepelbagaian biodiversiti negara, termasuk spesies ikonik seperti Harimau Malaya dan Gajah Asia.
Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Konservasi MPOGCF, Ahmad Shahdan, yang menerangkan peranan serta usaha MPOGCF dalam pemuliharaan Harimau Malaya. Penolong Pengarah MTCC, Muhammad Idham turut menerangkan tentang penubuhan MTCC dan usaha yang telah dijalankan oleh mereka untuk pemuliharaan Harimau Malaya.
Delegasi turut dibawa mengunjungi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) bagi mendapat taklimat mengenai program pemuliharaan gajah, melihat dokumentari, dan menyaksikan pertunjukan gajah.
MPOGCF mengucapkan ribuan terima kasih kepada delegasi EU atas penglibatan aktif mereka dan minat yang ditunjukkan terhadap usaha pemuliharaan di Malaysia.