Skip to main content
Bengkel bagi perancangan rangka topik dalam buku manual garis panduan dan kaedah penulisan bagi penerbitan Guidelines for Biodiversity Friendly Plantation telah diadakan di Brumas, Tawau, Sabah pada 2 hingga 4 Oktober lalu.
Bengkel kali ketiga ini memberi fokus kepada Konservasi Hidupan Liar di Sabah.
Bengkel dihadiri Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud; Pengurus Kewangan MPOGCF, Ismail Harun, Ketua Projek, Dr. Tengku Rinalfi Tengku Putra Tengku Azizan dan wakil-wakil daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sabah Softwood Berhad, Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan FELDA Wilayah Sahabat serta perunding gajah, Jibius Dausip.
Peserta bengkel dibawa melawat Koridor Hidupan Liar di ladang sawit sepanjang 14 km dengan julat kelebaran 400 hingga 800 meter.
Penubuhan koridor ini bertujuan membenarkan pergerakan spesies hidupan liar di antara Hutan Simpan Ulu Segama dan Hutan Simpan Ulu Kalumpang sekaligus mengurangkan konflik manusia dan hidupan liar khususnya gajah Borneo.
Peserta juga dibawa meninjau pemasangan perangkap kamera di tujuh lokasi yang bertujuan memantau pergerakan gajah selain melawat kawasan jenut tiruan untuk haiwan liar mendapatakan garam nutrien.
Bengkel yang ke-4 dijadualkan pada November ini di Pahang.