Skip to main content
Pembentangan laporan akhir projek dan kewangan UMK bagi projek Kajian Kesesuaian Mewujudkan Koridor Gajah di daerah Jeli, Kelantan telah diadakan di pejabat MPOB, Bangi yang dipengerusikan oleh Dr Ramle Moslim selaku Pengerusi, Jawatankuasa Penilaian Projek MPOGCF.
Turut hadir ahli-ahli jawatankuasa penilaian projek Prof. Emeritus Datoโ€™ Dr. Abdul Latiff Mohamad (Felo Penyelidik UKM), Dato’ Hasnan Hj. Yusop (Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)), PERHILITAN, serta Dr Vijaya Subramaniam (Ketua Unit Kemampanan Perubahan Iklim dan Biodiversiti), MPOB dan kehadiran daripada agensi-agensi berkaitan. Prof. Madya Ts. Dr. Kamarul Ariffin Kambali selaku Ketua Projek, Dr Amal Najihah Muhamad Nor dan Dr. Muhamad Azahar Abas sebagai Penyelidik bersama telah membentangkan laporan akhir tersebut.
Dapatan kajian menunjukkan koridor gajah perlu diwujudkan di Daerah Jeli, khususnya di lima lokasi seperti di Batu Melintang, Kg. Lawar, Lata Janggut, Sg. Rual dan Kg. Kalai kerana taburan landskap yang dekat dengan sumber air, dan sumber alam semula jadi dan jenis-jenis tumbuhan seperti pokok ubi kayu, pokok buluh dan pokok pisang dicadangkan untuk ditanam di sepanjang koridor tersebut mengikut dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pihak UMK.
Kajian Kesesuaian Mewujudkan Koridor Gajah di Daerah Jeli mengambil masa selama setahun dengan kos projek sebanyak RM243,000 telah berjaya disiapkan.Besar harapan MPOGCF semoga dapatan projek ini dapat direplikasikan bagi ladang atau kawasan yang mengalami konflik manusia-gajah khususnya di Semenanjung Malaysia