Skip to main content
Satu seminar pemurnian draf buku untuk Projek “Guidelines For Biodiversity Friendly Plantation” telah diadakan pada 2 hingga 4 Ogos 2024 di Park Inn by Radisson Putrajaya, Kajang. Seminar ini dihadiri oleh Ketua Projek, Dr. Tengku Rinalfi Tengku Putra Tengku Azizan; Pengurus Pemuliharaan, Ahmad Shahdan Kasim; dan eksekutif pemuliharaan MPOGCF untuk mengumpul maklumat terkini mengenai isu dan permasalahan hidupan liar. Topik-topik penting yang akan dimasukkan dalam buku manual garis panduan juga turut dibincangkan.
Wakil-wakil daripada agensi, industri, NGO, dan universiti dijemput untuk berkongsi idea, pandangan, dan data kajian biodiversiti di ladang sawit. Peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan untuk membincangkan konflik manusia dan hidupan liar di ladang sawit serta kaedah mitigasi. Turut dibincangkan mengenai pengurusan kawasan High Conservation Value (HCV), habitat hidupan liar dan makhluk perosak di ladang sawit.
Setiap kumpulan membentangkan dapatan masing-masing. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh industri sawit dari peringkat “upstream” hingga “downstream” dalam menangani isu kelestarian biodiversiti di ladang sawit.
Bengkel kedua dijangka akan diadakan pada 2 hingga 4 September 2024 di Perak.