Skip to main content
Dalam usaha menggalakan amalan mampan yang berterusan dalam kalangan pekebun kecil sawit, ๐— ๐—ฃ๐—ข๐—š๐—–๐—™ melalui jalinan kerjasama dengan ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ป ๐—ข๐˜„๐—น ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ฅ๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฐ๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ผ๐˜‚๐—ฝ (๐—•๐—ข๐—ฅ๐—š), ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—จ๐—ฆ๐— ) Borg Usm telah secara rasmi melancarkan ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ป ๐—ข๐˜„๐—น ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—ข๐—ถ๐—น ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—บ ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—น๐—ต๐—ผ๐—น๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€ ๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ (๐—•๐—ข๐—ฆ๐—œ) dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Huda, Bandar Baharu, Kedah pada awal minggu ini.
Burung #punggukjelapang telah terbukti secara meluas sebagai agen yang berkesan dalam kawalan biologi terhadap tikus perosak di ladang sawit. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa tikus boleh merangkumi sehingga 99 peratus daripada diet pungguk jelapang, manakala sepasang pungguk jelapang dan anak-anaknya boleh memakan kira-kira 1,300 ekor tikus setahun. Dengan kewujudan populasi mereka di kawasan tersebut melalui program #BOSI, pekebun kecil sawit bukan sahaja dapat mengawal dan mengurangkan populasi tikus perosak dengan berkesan, malah dapat meminimumkan penggunaan dan pembelian racun tikus yang sering dikaitkan dengan kesan kimia berbahaya terhadap biodiversiti di ladang sawit dan rantaian makanannya.
Kerjasama ini menyaksikan ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฃ๐—ข๐—š๐—–๐—™ dipasang, yang direka bentuk dan disediakan dengan matlamat untuk menarik burung pungguk jelapang bagi menggunakan kotak tersebut sebagai tapak sarang yang selamat dan sesuai untuk pembiakan.
Majlis dirasmikan oleh Pengurus Besar MPOGCF, En. Zamakhshari Muhamad dan Ketua Penyelidik BORG USM, Dr. Hasber Salim merangkap Prof. Madya Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM. Turut hadir ialah Penasihat BORG USM, Prof. Dr. Abu Hassan Ahmad dan En. Ahmad Shahdan Kasim, Pengurus Pemuliharaan MPOGCF serta ahli jawantankuasa projek dari #MPOGCF dan #BORGUSM.
Majlis diakhiri dengan pemberian kotak sarang burung pungguk jelapang dan sijil penyertaan kepada pekebun kecil sawit yang terlibat serta demonstrasi pemasangan kotak sarang.