Orang utan betina menjaga anaknya sejak dilahirkan sehingga anak itu boleh hidup berdikari iaitu berumur 7 tahun.
Sepanjang tempoh 7 tahun menjaga anak, Orang utan betina tidak akan mengandung.
Faktor semula jadi ini antara sebab populasi Orang utan mengambil masa panjang untuk bertambah.
Berdasarkan beberapa survey yang terkini, populasi Orang Utan di Sabah menunjukkan angka stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan anggaran kira-kira 13,000 Orang utan yang hidup dalam hutan dan juga pusat-pusat pemulihan sementara yang diselamatkan daripada Konflik Manusia-Haiwan.
Populasi Orang utan yang stabil itu hasil usaha Kerajaan Negeri Sabah menjalankan projek-projek pemuliharaan habitat asal dengan kerja sama rapat pemain-pemain industri sawit Malaysia seperti Sime Darby Plantations, FGV di samping sokongan padu menerusi pembiayaan dana oleh MPOGCF.
Usaha-usaha pemuliharaan habitat asal Orang utan antaranya menerusi projek perhutanan semula, menjadi satu lagi bukti bahawa industri minyak sawit Malaysia adalah mampan di mana keperluan memenuhi kesejahteraan ekonomi masyarakat, sosial dan alam sekitar berjalan seiringan.