Skip to main content
BANGI 12 OGOS 2024. Panel Pakar Jawatankuasa Kerja Konflik Manusia Hidupan Liar (HWC) di Ladang Kelapa Sawit hari ini bersidang untuk kali pertama dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir di Ibu Pejabat MPOB, Bangi.
Panel pakar yang turut dianggotai Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) itu ditubuhkan bagi mendapatkan pandangan daripada pakar dan penyelidik yang berpengalaman dalam kalangan penggiat industri sawit, lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) dan agensi kerajaan dalam usaha menangani isu konflik manusia dan hidupan liar di ladang kelapa sawit.
Turut hadir termasuk Pengurus Besar MPOGCF, Encik Hairulazim Mahmud; Timbalan Ketua Pengarah (R&D) MPOB, Dr Zainab Idris; Ketua Unit Kemampanan, Perubahan Iklim dan Biodiversiti MPOB, Dr Vijaya Subramaniam; Pengarah Bahagian Kawasan Perlindungan PERHILITAN, Encik Salman Saaban; Penolong Pengarah (Pemantauan & Pengembangan) PERHUTANAN, En Syed Mohd Adzha Syed Khalid; Ketua Unit Pemuliharaan dan Biodiversiti SD Guthrie, Puan Siti Norralakmam Yahya dan Principal Investigator of MEME, Dr. Wong Ee Phin.