Skip to main content
MPOGCF telah menganjurkan bengkel Latihan HCV dan Biodiversiti bagi pekebun kecil sawit Selangor bertempat di Golden Hope Academy, Pulau Carey pada 22 Januari 2025.
Bengkel latihan tersebut bertujuan untuk berkongsi hasil latihan terdahulu selain memberikan pendedahan kepada pekebun kecil sawit mengenai Kawasan Nilai Pemuliharaan Tinggi (HCV) dan biodiversiti. Ia merupakan program kesinambungan kepada bengkel yang telah diadakan sejak 2022 di empat negeri lain iaitu Kelantan, Johor, Perak, dan Negeri Sembilan.
Pegawai Konservasi dan Biodiversiti SD Guthrie yang juga fasilitator bagi bengkel ini, Aida Ghani telah berkongsi dapatan di mana kebun sawit pekebun kecil mempunyai biodiversiti tinggi, dengan Felda Sungai Ara yang terletak di Johor dikenal pasti memiliki HCV ke-4 (perkhidmatan ekosistem).
Selain itu, peserta bengkel turut didedahkan dengan 6 jenis HCV dan cara pengurusan biodiversiti yang betul dalam ladang sawit selari dengan Pensijilan MSPO.
Latihan praktikal turut dijalankan di ladang SD Guthrie di mana peserta diajar tentang amalan terbaik yang digunakan bagi pengurusan ladang sawit seperti penggunaan Barn Owl dalam mengawal populasi tikus dan penggunaan tumbuhan bermanfaat seperti ๐ถ๐‘Ž๐‘ ๐‘ ๐‘–๐‘Ž ๐‘๐‘œ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘’๐‘›๐‘ ๐‘–๐‘ , ๐ด๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘”๐‘œ๐‘›๐‘œ๐‘› ๐‘™๐‘’๐‘๐‘ก๐‘œ๐‘๐‘ข๐‘ , ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘‡๐‘ข๐‘Ÿ๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘ ๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘ก๐‘’ yang digunakan untuk mengawal ulat bungkus.
Bengkel ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud, Pengurus Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF, Ahmad Shahdan Kasim, Pengerusi PKPKM Negeri Selangor, Mohd Sahman Duriat serta wakil-wakil daripada Bahagian Industri Sago dan Sawit (BISS) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).