Skip to main content
Bengkel Keempat Konflik Manusia-Gajah dan Kewujudan Bersama di Johor diadakan pada 10 hingga 12 September 2024 anjuran Management & Ecology of Malaysian Elephant (MEME). Bengkel yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan kerjasama dalam menangani Konflik Manusia-Gajah (HEC) di Johor dihadiri oleh pembentang iaitu Principal Investigator MEME Dr. Wong Ee Phin, Penolong Pegawai PERHILITAN Negeri Johor Fazihan Mahadid dan wakil MPOB Dr. Kamil Azmi.
Turut hadir Pengurus Pemuliharaan Ahmad Shahdan Kasim dan eksekutif MPOGCF, wakil daripada Earthworm Foundation, FELDA, FGV Holdings, SD Guthrie, IOI Plantation, Aramijaya Agri & Agro Sdn Bhd, TH Plantations Berhad, Johor Plantations Group Berhad, Stesen Penyelidikan RRIM Kota Tinggi, YPJ Holdings Sdn Bhd dan PERHILITAN (Johor Elephant Sanctuary, JES).
FGV Tenggaroh mengetuai aktiviti penanaman pokok untuk mewujudkan “food bank” bagi gajah. Mereka juga berjaya menjadikan Napier India sebagai sumber makanan gajah. Semasa sesi perbincangan bersama pemegang taruh, ACE membincangkan penubuhan jawatankuasa tempatan untuk mengawal koridor gajah di Seluyut, Mersing, dan Kluang. MEME dan Earthworm Foundation membentangkan cadangan lokasi koridor berpotensi. Dalam sesi tersebut Dr. Kamil berkongsi mengenai inisiatif bantuan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada pekebun kecil yang terjejas akibat HEC.
β€œSkim bantuan ini hanya diberikan kepada pekebun kecil dengan nilai maksima pampasan sebanyak RM20,000 berdasarkan penilaian β€œpotential loss”. Permohonan boleh diajukan melalui PERHILITAN negeri. Namun, skim bantuan ini masih dalam proses untuk dimuktamadkan”, katanya.
FELCRA Seri Mahkota turut memperkenalkan sistem penggera yang menggunakan siren dan lampu biru untuk mengesan gajah. Lawatan juga diadakan ke koridor Sg Ara untuk melihat pagar elektrik sepanjang 2KM.